Monday, June 23, 2008

Ofis neraka jahanam!

Seriyesly, aku tak happy dengan semua menda yang dah jadi skarang nih, dan aku sangat pasti, kegembiraan dan keceriaan hati tu hanya bersifat sementara dan tipu je, tade satu pun yang benar.

Aku benci dengan tempat kerja aku sekarang.

Aku benci dengan manusia yang bernama 'colleague' terutamanya HR, dan diorang yang berlagak dan hipokrit babih!

Aku teramat benci dengan manusia yang suke menuduh aku tanpa sebab konon-kononnya "Saya kalau buleh tanak buat camni, tapi dah kerja kan, I have to" Buleh pegi mati aa!

Aku teramat benci dengan manusia yang buat baik depan aku tapi cam biasa la kan, menikam belakang aku dengan senyuman yang sangat puas yang tak sudah. Apa kau tak pikir ker orang teraniaya sebab perangai ko aaa iblis?

Aku teramat amat benci dengan mata-mata yang melihat, yang bermaksud jahat, tade satu pun yang betul-betul ikhlas. Diorang nih sememangnya lebih suke mengamalkan sikap "Aku tengok, aku cerita, aku sebar, baru padan muka ko!"

Aku teramat amat benci dengan mulut mereka yang jahat lagi sampah! Apetah lagi diorang nih suke sangat berkata manis melampaui kemanisan gula, baik bagaikan para alim ulama dan lembut kononnya gentle abis, tapi sebenarnyer hati tu kotor lagi busuk dan celaka!

Aku teramat amat benci dengan concern diorang yang kononnya nak setelkan masalah, "Bagitau la apa masalahnya, kot-kot laa saya buleh tolong ker aper ker" tapi pasti menjadi gosip yang tersangat liar dan buah mulut yang dijaja merata-rata selepas itu! Nak carik orang yang "I'm a good listener" kat sini? Jangan harap! Mungkin diorang sangat good listener, tapi bukan kat aku. I have no one!

Dan yang sangat pasti, aku benci bile aku berseorangan di ofis nih yang bagaikan neraka jahanam, dihuni oleh mereka yang aku teramat benci seperti mereka-mereka ini!


Thursday, June 19, 2008

Cinta yang takkan pernah ada



Aku tak sure berape ramai fans Sindarela kat Malaysia nih. Tak kesah la ramai mane pun, sket mane sekalipun, aku sure, sape yang suke mengadap citer nih berminggu-minggu setiap Selasa kat TV3 kul 9.00 malam tu (saje je aku nak promote, asal takleh ker?) termasuk aku, mesti akan suke lagu Bau - Warkah nih. Ohh lupe, pun jugak untuk mereka yang setia tengok kat TV3 Online (orang tu aku laaa kann. HAHAHAHAH! Dah tu memang aku tade life, nak buat camne sial?), so mari layan lagu nih ramai-ramai. Agak slow, chill dan santai. Ohh tak dilupekan, juga meruntun jiwa yang pasrah. Sebab lagu nih pasal sorang makhluk yang menunggu cinta yang tak kesampaian. Ahhh layan je laaaa mehh!! Rasakan sendiri ok? :)

Bau - Warkah
Takkan lagi aku menunggu kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puas ku mengharapkan dirimu seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu, kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu, pedih ini kau tak terasa

Warkah ku mengharapkan dirimu seperti yang aku kenali dulu
Setia ku menanti kan diri mu seperti setianya terhadap diriku

Tapi ku melepaskan mu melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu cinta yang takkan pernah ada

Tapi ku melepaskan mu melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu cinta yang takkan pernah ada

Tapi ku melepaskan mu melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu cinta yang takkan pernah ada


. download Bau - Warkah (sila right click and save target as kalau takleh nak download ok?)


Friday, June 13, 2008

Bila cinta menggugah rasa



Wahai manusia yang dilamun cinta di awangan biru, hayatilah lagu ni ok? Mane la tau kot-kot laa hati tu semakin berbunga-bunga ke kan? Atau mungkin buleh menambahkan rasa sayang yang semakin mencanak-canak sampai rasa miss tergila-gila takleh tido malam ker kan? HAHAHAHAHHA!

Lagu yang diberi arrangement baru nih, sangat la indah, sesuai ngan tajuknya Begitu Indah. Dinyanyikan oleh Gaby, ohh of course la artis Indonesia. HEHEHEHE! Penyanyi asal nyer Padi, iye la kot-kot laa korang tak penah tau ker kan, so aku bagitau la penyanyi original lagu nih adalah Padi. So versi Gaby nih, cam sangat lari dari versi Padi. Bisa membuatkan anda melayang-layang ngan kepak-kepak rindu yang tak henti-henti mengibas.

Ok meh layannn!!

Gaby - Begitu Indah
Bila cinta menggugah rasa, begitu indah mengukir hatiku
Menyentuh jiwaku, hapuskan semua gelisah

Duhai cintaku, duhai pujaanku
Datang padaku, dekati sampingku
Ku ingin hidupku selalu dalam peluknya

Terang saja aku menanti nya
Terang saja aku mendamba nya
Terang saja aku merindu nya
Kerna dia, kerna dia begitu indah

Begitu indah

Duhai cintaku, pujaan hatiku
Peluk diriku dekati jiwaku
Bawa raga ku melayang memeluk bintang

Terang saja aku menanti nya
Terang saja aku mendamba nya
Terang saja aku merindu nya
Kerna dia, kerna dia begitu indah

Begitu indah.. indah
Begitu indah


. download Gaby - Begitu Indah
. download Padi - Begitu Indah

* Yes, you are so beautiful.. beautiful my dear :)


Thursday, June 12, 2008

Fine!

Fine aku kalah betting. Shaitzzzzz!!!!! Checho kalah 1-3 demmit! Amik laaa ko sume amikkk!!! HAHAHAHHAHAHA!


Wednesday, June 11, 2008

Sungguh keji nih

Pompuan keji nih call aku bile ada benefits je. HAHAHAHHAHA! Dia keje sangat dekat ngan ofis aku nih, kat belakang nih je, Telekom. Tapi tahap pemalas dan sombong nak jumpe aku tu, cam 2 tahun sekali nak jumpe, belum tentu lagi. Silap-silap jumpe untuk 20 minit, pastu chiow! MUAHAHAHAH!

And tadi, dia called, just untuk conversation yang hanya berlaku 2 tahun sekali paling kerap pun, or mebbe 4 tahun sekali.

Hajja : "Mukhlis, jom betting!"

Mukeh : "Pehal u nih? Tetibe call, ajak betting. Betting ape?"

Hajja : "Bola aaa. Skarang nih kan tengah musim makan bola minum bola main bola dalam seluar"

Mukeh : "HAHAHAHAH sempat lagi tu. Bola dalam seluar aaa? Horny ngan husband ker ape? HAHAHHAHAHA!"

Hajja : "HAHAHAHHAHAHAHHAHAHA!"

Mukeh : "Ok betting ape?"

Hajja : "I nak Brazil"

Mukeh : "Kejap! U nih gile ape? Brazil mane masuk ngok! Nih Euro laa bebbb Euroooooooooo!!"

Hajja : "HAHAHAHAH ala silapp aaaa. Cis plastik plastik, plastik mane?"

Mukeh : "Haaa??"

Hajja : "Malu aa nak tutup muka"

Mukeh : "HAHAHAHAHA saiko hell laaa u nihh!!"

Hajja : HAHAHAHA iye la iye laa, I Portugal, u amik Checho (stands for Czech Republic) laaa ok?"

Mukeh : "Oi oi pehal nih? Belum pape dah book Portugal. Apehall???"

Hajja : "Laaa malam nih tu je match yang best"

Mukeh : "Sah sah laa Portugal menang. Celake ayam!"

Hajja : "Ayam goreng KFC!"

Mukeh : "Tak kelakar"

Hajja : "Ok fine"

Mukeh : "HAHAHHAHAHAHAHAHA!"

Hajja : "Tu gelak tu? Kelakar kan? Thanks"

Mukeh : "Bongok!"

Hajja : "Ok ok cepat aaaa. Nak tanak nihh?"

Mukeh : "Tanak aaa. I mmg fans Spain n Holland. Mane buleh tetibe nak amik Checho plakk" (seriyes nih aku mmg fans Spain n Holland. Bukan sebab Spain menang 4-1 ker ape ker or bukan sebab Holland menang ngan Italy ker aper ker okkk!!)

Hajja : "Ok laa kasik chance. U bet Checho, u lead half goal"

Mukeh : "Seriyes? Kalau seri, I tetap menang bet okk"

Hajja : "Asal lak?"

Mukeh : "Iye aaa! U kate tadi I lead half goal kan? So kalau Checho seri 1-1 ngan Portugal, I menang aaaa. Menang 1 1/2 - 1"

Hajja : "Ok deall!"

Mukeh : "Cunnn!!"

Hajja : "Yes kaya la I minggu nih?"

Mukeh : "Oi oi betting duit ker ape nih?"

.................... (phone diletak camtu-camtu je)

Haram jadahhh!!! Betting and bola nyer pasal. Gile benefits! Sampah masyarakat tul! HAHHAHAHAHHAHA!


Tuesday, June 10, 2008

Biar ia sepi sepertiku


Secara ringkasannya:

1. Sangat emosi.

2. Mencintai bukan milik kita adalah sangat sepi.

3. Lagu dia sedap, sangat menyepikan jiwa.

4. Kupasan citer yang sangat teliti, berpunca dari satu paksi yang tragis.

5. Dibarisi oleh pelakon yang sangat menjiwai watak, kecuali ada beberape pelakon yang kurang sket menghayati watak. Tapi small matter je la tu kot.

6. Stunt yang sangat cemas! Celake aku terkejut dan rasa cam nak carut-carut.

7. Bukan sambungan dari movie Cinta, ianya suatu kisah baru, lebih berkisar kepada Cinta dan Kosong.

8. Vanida Imran sangat cantik aaa dalam citer nih. Dem debar-debar. HAHAHAHAH!

9. Scene yang sangat cantik, especially kat taman tu. Ahh terasa aman damai!

10. Aku suke, walaupun aku rasa impak Cinta lagi padu.

Sekian. Sila lah banjirkan panggung wayang tu seadanya. HAHAHAHHA! Ohh tak sesuai untuk mereka yang dalam keadaan berkabung. Mungkin lebih meruntun jiwa. :P

. official website


Kenangan

Masa aku lepak ngan Gerek menjamah mee goreng yang agak sedap, aku cam tetibe terpaku kat satu group bebudak yang bercampur gaul lelaki pompuan (HAHAHHA bunyi dia cam sial je). Diorang cam tengah semangat nyalakan kek walaupun angin cam lek lek je sepoi bahasa yang memadamkan api-api kek tu. MUAHAHAHHAHA!

Tetibe, ngan tak semena-mena, aku rasa emosi aku tersentuh sekejap. Cilake aaa kelembutan hati aku nihh. ARGHHHH!!! Aku rasa cam best gile aaa zaman universiti dulu. Cam ada rakan-rakan yang best, leh buat segala menda same-same, pastu same-same gile aa kan. Tapi yang paling best time tu, bile ada buah hati si jantung pisang. HAHAHAHHAHAHAA!

Ok dah malas nak citer. My love story seriyes tak best langsung! Buleh down yang hebat. Ok skarang terpakse aaa down sekejap. Shit!

*sigh*


Saturday, June 07, 2008

Damn aaa demam!

Demam telah menge'damn'kan hari-hari minggu ku yang sememangnya sediakala busan lagi menyepikan. ARGHH!!


Friday, June 06, 2008

Bila semua jadi saiko!

Aku tatau ape jadi ngan bebudak nih. Saiko gile tahap neraka sial. Asal dapat gambar je, terus touch up, jadi cam celake haram. Besarkan breast la, besarkan kepale la, besarkan gigi jadi jongos la, jadikan muka ikan la ape la. Bukan nyer cam nak mencantikkan, malah menghodohkan lagi muka yang sediakala hodoh pun. HAHAHHAHA!

First victim : Lisa
done by Appai



2nd victim : Appai
done by me



3rd victim : Mukeh & Nena
done by Appai



Sorry, gambar original tade. Appai lelebih sial, besarkan kepale aku tu kenape weh? Aku terasa cam orang batu yang cube untuk menjadi manusia. Fak aaa. Muka Nena tu lagi fak funny, cam tikus kecik montok yang sedaya upaya untuk menjadi sangat comel. HAHAHAHHAHAHAHA! Dah la hidung cam hidung binatang ape ntah. HAHAHAHHAHAHA! Cube tengok pakcik belakang tu, tak pepesal kepale dia cam kecik gila. HAHHAHAHA bodoh sial ko Appai!!!


Thursday, June 05, 2008

Here In My Home

Down pasal naik minyak? Down ngan government? Down ngan Pak Lah? Ahh pegi mampos!! Jom layan lagu nih. Gile addicted wa cakap lu!

Oh aku saje tulis lirik kat bawah nih, kot-kot laa korang nak layan mp3, takkan nak play banyak kali kat Youtube kan? Ok meh layann!!

Malaysian Artistes For Unity - Here In My Home



Hold on brother hold on
The road is long, we're on stony ground
But I'm strong, and you ain't heavy

Oh there's a misspoken truth that lies
Colors don't bind, oh no
What do they know? The speak falsely

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart

One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Fall in, fall in with me
Fall in fall in fall in with me

Push back sister won't you push back?
Love won't wait, just keep pushing on
Yes I'm strong, you ain't heavy

Oh don't you worry about that...
What we have shadows can't deny
Don't you know it's now or never?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart

One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one?

Years of fears and years of tribulation
The heart keeps searching for that endless devotion

Hand in hand we'll march like blood brothers
I speak for my people, hope we'll find peace forever

May the road ahead quench my thirst for success
May the road behind echo a song of the blessed

Yes I feel it in my bones, so I will let it be known
No matter where I roam this is home sweet home

Sing!

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart

One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart

One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

Here in my home
I'll tell you what it's all about
There's just one hope here in my heart

One love undivided
That's what it's all about
Please won't you fall in one by one by one with me?

. download Malaysian Artistes For Unity - Here In My Home

. view official website

Song features :
Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Atilia, Jaclyn Victor, Reshmonu, Pete Teo, Jason Lo, KLG Sqwad, Altimet, Suki, Daniel Lee, Nikki Palikat & Melina William

Video features:
Tony fernandes, Maya Karin, Harith Iskandar, Singletrackmind, Stephen Chua, Izzy Mohamed, Shebby Singh, Nell Ng, Mak Wai Hoo, Badri Ibrahim, Chan Fong, Mark Teh, Kamal Sabran, Sharifah Amani, Ng Choo Seong, Pang Khee Teik, Jerome Kugan, January Low, Amber Chia, Nick Lee, Liang You Cheng, Muid Latif, Chong Ji Ann, Ida Nerina, Muhamad Safwan, Anissa Abdul Aziz, Fadly Sabran, Danny One, Nurhanim Khairudin, Joe Loy, Ho Yuhang, Yasmin Ahmad, all the singers & project volunteers


Wednesday, June 04, 2008

Fuel-lamakk!!

Fueeellll lamakkk wehhhhhhhh!!!! 78 sen nihhhhh!!

1. Aku terasa lebih kaya, dengan full tank sebanyak 110 ringgit seminggu, or mebbe lebih banyak dari tu. MUAHAHAHAHHA!

2. Tak perlu rasanya aku nak tukar keter baru, sebab aku rasa keter yang aku pakai nih pun dah berjaya membuatkan aku terasa seperti duduk di negara maju.

3. Aku sangat annoying ngan DJ kat radio Hot.fm yang lek lek chill je respon kat salah sorang pendengar yang tak puas ati ngan kenaikan minyak. DJ tu respon cam "Alaa jangan la camtu, kite kan nak menuju negara maju, kene la naikkan harga minyak kaannn!"

4. Aku sangat jelek dan muak dengar kata-kata "Kite kene ubah lifestyle. Lebih banyak berjimat cermat". Kalau dah sehabis jimat cermat gak pun cam cukup-cukup makan je, nak berjimat camne lagi? Sampai tak makan ker aper?

5. Gaji tak naik-naik gak, barang sane sini naik. Alaa tayah la nak komplen sangat siall. Sebab kalau pikir-pikir pun, camne diorang nak naikkan gaji kite pun? Diorang sendiri pun struggle nak survive bisnes diorang sebab minyak dan barang-barang yang semakin naik nih, apetah lagi nak kene naikkan gaji kite semua nih. Tapi kes nih tak termasuk ngan mereka yang kerja gomen okkk!!

6. Aku tau, kalau aku tak puas ati camne sekalipun, harga minyak tetap RM2.70 seliter gak. So nak tanak, suke tak suke, bayar je la. Bak kate pemimpin bijak pandai "Kalau nak pakai, bayar aaa. Kalau tanak bayar, tayah pakai. Ape susah?"

7. Maka ubah la lifestyle anda segera ok? Kurangkan makan, kurangkan tengok tv, kurangkan berjalan-jalan, kurangkan sosial di luar. Anda hanya perlu menambahkan segala bil anda di ofis boss anda sahaja. MUAHAHAHAHAH!

8. Ohh lagi satu, aku rasa salah sorang boss aku kat sini sangat sarkastik. Membuat lawak ngan kata-kata cam "Eh Mukeh? Ko memang menginap kat ofis ker? Ko nih, lain kali bagitau la awal-awal, tayah la suh bebudak shift malam tu datang kerja" adalah sangat tak kelakar. Membuat lawak berulang kali tak menjadikannya fun, tapi menjadikannya sangat sarkastik, mengharapkan aku rasa lega ngan kerja aku. Kepale otak ko la! Ingat ko nyer kelakar camtu aku leh accept ker? Kalau diberi pilihan, kul 3 petang lagi aku dah balik laa wehh!! Nih pun dah kira cukup baik aaa nih aku pikir pasal kerja aku yang sangat berlambak tak cukup tangan. Kedekut nak mampos nak amik designer baru, pastu ada hati nak buat sarkastik plak. Kalau aku buat kerja 9 pagi balik 615 petang tepat camne? Haa cube jawab? Kalau aku ngan lek lek je cakap "Ohh nih takleh siap, nih paling awal siap pun 2 bulan lagi". Haa camne? Jawab laaa hoii!

9. Camtulah kehidupan orang yang makan gaji.


Tuesday, June 03, 2008

Ohh

I miss her, my sweety, as I always do.


Monday, June 02, 2008

Pelabuhan...

yang sangat aku tunggu, dan nantikan dengan nervous menggila. :)


Sunday, June 01, 2008

I stop

when i reach my limit


Kesederhanaan

Aku shoot satu wedding yang aku rasa paling kool dan sederhana nak mampos. Diorang nih cam sangat tau celah mane yang diorang patut spend duit banyak, and celah mane yang diorang rasa tak perlu nak gune duit banyak sangat pun.

Hantaran adalah satu-satunya benda yang diorang fokus. Memang mencanak-canak aaa diorang nyer hantaran. Ada PS3, Iphone lagi, n memacam aaa yang aku tak mampu nak sebut. HAHAHAHAHAH! Tapi decoration kat hantaran tu sangat simple. Tade pun decoration yang merepek-repek penuh ngan bunga-bunga, padahal diorang just letak hantaran tu atas dulang, alas ngan kain yang proper sket, dah setelll. Tade pun stok yang dulang berat gile babih, siap ngan ukiran-ukiran eksklusif pejadah sume tu.

Pelamin pun sangat simple, tade pun decoration yang sangat melampau. Even buat kat luar rumah je. Hall kat dalam umah tu memang takde ape-ape deco pun, cam sangat chill je, tak bersentuh pape pun. Tu yang aku sangat impress tu. Bilik pengantin pun tak over mane pun, cukup sekadar katil tu nampak cam chill, cantik dan kemas, setelll! Tade pun deco yang melampau, tade lighting yang ditambah, tade ape-ape yang buleh dikatakan sangat wowwwwwwww!!

Khemah tempat menjamu makan pun sangat simple. Katering pun cam lek lek chill je, tade pun menu yang melampau, n meja pun tade la sampai berpuluh-puluh.

Acara potong kek tade, acara merenjis pun tade. Simple gile kan? Tak ada tema kaler utk diorang. Khemah warna purple, pengantin warna light-light brown camtu, n family diorang nyer plak warna silver camtu. HAHAHAHHAHA!

Aku rasa majlis diorang nih sangat mencapai objektif, tanpa perlu terlalu gah mahupun membazir tak tentu pasal.