Thursday, July 03, 2008

Black and White


Tuesday, July 01, 2008

July Tiba!

Kes 1
Nena : "I dah gemukkk laa, tengok nihhh peha I nih, haa dah gemuk dahhh. Benci aaaa" (sambil cubit-cubit sebahagian lemak tegar di belakang peha)

Mukeh : "Pemende yang gemuknyaa? Tak nampak punn" (aku cam blur, aku tak nampak pun lebih lemak yang menggelebeh pun? Cam tegar dan mantap ade aa! Ish konfius)

Nena : "Ishhh u tau dulu berat I 38 je tau. Skarang nih teka berape?" (38kg je?? What the fuck ko nih janin ker pompuan dewasa nih weh?)

Mukeh : "Errr 42?"

Nena : "Tak aaaaaa. Dah 45 okk!! Arghh tak penahhhh aa sampai 45! Arghhhhh stress"

Aku beredar sebab sangat stress dengan angka 45 yang dikatakan gemuk yang stress lagi debab. Seriyes tak paham!

Kes 2
Affen berjalan berlegar-legar, tatau aa dia memang tade keje, ataupun dia memang tengah buat-buat ada keje yang konon sangat busy. WARGAHAHHAHAH! Dia lalu kat tempat aku yang menjadi tempat perhatian umum seluruh ofis nih, sambil dia menjeling kat Lisa yang tengah seronok nyum-nyum makan kerepek berjalur pusing-pusing cam lolipop tu. Ahh lantak aa, aku tatau ape nama kerepek tu. Kerepek pusing-pusing kot? Ok whatever!

Affen : "Ishh Lisa nihhh" (sambil muka kerut-kerut pandang Lisa)

Lisa : "Naper?" (stop makan kerepek, terlopong tak paham ape yang Affen cube sampaikan nih)

Affen : "Lisa nih kan, ishh nampak cam.. camm"

Mukeh : "Cam ape Affen??"

Affen : "Cam montok!"

Lisa : "Haaa??" (mulut tercengang terpinga-pinga cam dalam citer Melayu yang suke berdialog 'tapi.. sayaaa....' yang tak abis ayatnya)

Kes 3
Shasha : "Mukeh, I nak kerepek kat tempat u tu"

Mukeh : "Laa datang la sini amik. Meh!"

Shasha : "Alaa malas aaa, dah la jauhh"

Mukeh : "Hellooo, kalau Appai tu I buleh paham aa kenape malas. Ini u okk!!" (ok Appai tu cam agak gemuk sket dari aku, tapi Shasha nih orang kedua terkurus selepas Nena)

Shasha : "HAHAHHAAHAH jahat aaa u nihhh!! Tak baik aaaa. Appai tu lain, dia banyak tenaga"

Mukeh : "HAHAHAHHAHAAH sial gile, abis tu Nena tu ape plak? No wonder la Nena malas nak gerak-gerak, asyik duduk tempat dia je"

Shasha : "HAHAHAHHAHAHAHA! Betul laaa, kurus mane ade tenaga sangat. Malas nak jalan aa"

Mukeh : "Haa u duduk je la situ selamanya, biar bontot u selebar sampai tak muat kerusi"

Shasha : "HAHAHAH amboi amboi kata orang"

Mukeh : "Biasaa!!"

Kesimpulan
Selepas beberape hari tak makan nasik, aku menjamah nasik ngan lauk ayam masak merah yang sangat sedap, sampai aku tertumpas-tumpas. Selepas turun beberape kg, walaupun aku rasa Affen sangat tak percaye ngan hakikat ini (dia selalu ulang-ulang ayat cam "Ko nih biar betul, ko badan camni nak turun ape nyer? Ko buat ape je pun Mukeh? Bukan exercise". Lantak aaa ko Affen, badan aku kott!! HAHHAHAHA!), aku pun melantak aaa nasik ngan lauk ayam masak merah yang "Ya Allahhh sangat lazatnyaaaa ayam berwarna merah nihhhh. Kenape ko nih sedap sangatttt" ngan 2 ketul banyaknya.

Lalu aku terdampar di atas kerusi, melihat perutku yang membuncit. Now aku sedar, mungkin perutku ini menjadi bahan siulan rakan-rakan aku yang mengatakan aku gemuk, walaupun aku beberape kali menafikan ngan penuh ikhlas.

Gemuk itu adakalanya comel, tapi buncit sebab kenyang pasti sesuatu yang tak indah. HAHAHAHHA!

*by the way, aku tak buncit mane pun okkk!!


Monday, June 23, 2008

Ofis neraka jahanam!

Seriyesly, aku tak happy dengan semua menda yang dah jadi skarang nih, dan aku sangat pasti, kegembiraan dan keceriaan hati tu hanya bersifat sementara dan tipu je, tade satu pun yang benar.

Aku benci dengan tempat kerja aku sekarang.

Aku benci dengan manusia yang bernama 'colleague' terutamanya HR, dan diorang yang berlagak dan hipokrit babih!

Aku teramat benci dengan manusia yang suke menuduh aku tanpa sebab konon-kononnya "Saya kalau buleh tanak buat camni, tapi dah kerja kan, I have to" Buleh pegi mati aa!

Aku teramat benci dengan manusia yang buat baik depan aku tapi cam biasa la kan, menikam belakang aku dengan senyuman yang sangat puas yang tak sudah. Apa kau tak pikir ker orang teraniaya sebab perangai ko aaa iblis?

Aku teramat amat benci dengan mata-mata yang melihat, yang bermaksud jahat, tade satu pun yang betul-betul ikhlas. Diorang nih sememangnya lebih suke mengamalkan sikap "Aku tengok, aku cerita, aku sebar, baru padan muka ko!"

Aku teramat amat benci dengan mulut mereka yang jahat lagi sampah! Apetah lagi diorang nih suke sangat berkata manis melampaui kemanisan gula, baik bagaikan para alim ulama dan lembut kononnya gentle abis, tapi sebenarnyer hati tu kotor lagi busuk dan celaka!

Aku teramat amat benci dengan concern diorang yang kononnya nak setelkan masalah, "Bagitau la apa masalahnya, kot-kot laa saya buleh tolong ker aper ker" tapi pasti menjadi gosip yang tersangat liar dan buah mulut yang dijaja merata-rata selepas itu! Nak carik orang yang "I'm a good listener" kat sini? Jangan harap! Mungkin diorang sangat good listener, tapi bukan kat aku. I have no one!

Dan yang sangat pasti, aku benci bile aku berseorangan di ofis nih yang bagaikan neraka jahanam, dihuni oleh mereka yang aku teramat benci seperti mereka-mereka ini!