Ofis neraka jahanam!
Seriyesly, aku tak happy dengan semua menda yang dah jadi skarang nih, dan aku sangat pasti, kegembiraan dan keceriaan hati tu hanya bersifat sementara dan tipu je, tade satu pun yang benar.
Aku benci dengan tempat kerja aku sekarang.
Aku benci dengan manusia yang bernama 'colleague' terutamanya HR, dan diorang yang berlagak dan hipokrit babih!
Aku teramat benci dengan manusia yang suke menuduh aku tanpa sebab konon-kononnya "Saya kalau buleh tanak buat camni, tapi dah kerja kan, I have to" Buleh pegi mati aa!
Aku teramat benci dengan manusia yang buat baik depan aku tapi cam biasa la kan, menikam belakang aku dengan senyuman yang sangat puas yang tak sudah. Apa kau tak pikir ker orang teraniaya sebab perangai ko aaa iblis?
Aku teramat amat benci dengan mata-mata yang melihat, yang bermaksud jahat, tade satu pun yang betul-betul ikhlas. Diorang nih sememangnya lebih suke mengamalkan sikap "Aku tengok, aku cerita, aku sebar, baru padan muka ko!"
Aku teramat amat benci dengan mulut mereka yang jahat lagi sampah! Apetah lagi diorang nih suke sangat berkata manis melampaui kemanisan gula, baik bagaikan para alim ulama dan lembut kononnya gentle abis, tapi sebenarnyer hati tu kotor lagi busuk dan celaka!
Aku teramat amat benci dengan concern diorang yang kononnya nak setelkan masalah, "Bagitau la apa masalahnya, kot-kot laa saya buleh tolong ker aper ker" tapi pasti menjadi gosip yang tersangat liar dan buah mulut yang dijaja merata-rata selepas itu! Nak carik orang yang "I'm a good listener" kat sini? Jangan harap! Mungkin diorang sangat good listener, tapi bukan kat aku. I have no one!
Dan yang sangat pasti, aku benci bile aku berseorangan di ofis nih yang bagaikan neraka jahanam, dihuni oleh mereka yang aku teramat benci seperti mereka-mereka ini!