Monday, September 15, 2008

Gelak



Kenape boss mesti gelak besar? Walau tak kelakar mane pun, mesti dia akan gelak sedekah-dekah yang mungkin. Tade nyer boss yang gelak 'hihihihi', takpun cam 'grrrgrrrgrrgrrr' sambil bahu gegar-gegar. Aku tak penah jumpe lagi aaa boss yang gelak camtu, takpun boss yang gelak malu-malu sipu tutup mulut, sehabis sopan.

Lagi besar pangkat boss tu (cam CEO ker kan), memang lagi berdekah bedentum aaa gelak dia. Kalau buleh nampak anak tekak, haaa siap buleh nampak lagi anak tekak tu ke kiri ke kanan bervibrate lagi tu. HAHAHHAHAHA! Seriyes sehhhh. Kadang-kadang tu aku perasan, satu ayat je dia cakap, tapi dia nyer gelak tu cam ayat tu tahap kelakar maut tak hingatnya, stok cam joke of the day la kiranya.

Teori aku hanya satu. Boss yang gelak besar-besar nih, biasanya lawak dia tu memang tak kelakar, so baik dia gelak besar dulu supaya orang lain akan terikut gelak gak. Takpun kalau boss tu tengah gelakkan lawak boss yang lain, takpun partner mahupun client nyer lawak, konfem boss yang lain tu, partner mahupun client tak dapat detect samada gelak besar tu gelak yang ikhlas ker atau gelak yang fake.

And biasanya, gelak kecil kecilan nih adalah gelak-gelak staff nyer style. Gile ko, kalau ko gelak besar, pastu boss rasa insulted camne? Tak ke mampos? Pulak tu kalau gelak besar-besar kang, ada yang kene sound ngan boss plak "Ko nih cam happy je, keje tu dah siap sangat ker sampai senang hati nih?". MUAHAHAHHAHAHAH!

Maka sesungguhnya, gelak juga melambangkan kekuatan dan pangkat. HAHAHAHHAHAHAHAH!


Thursday, September 11, 2008

Parking

Kan dekat MRR2 menghala ke Melawati tu kan ada satu kawasan baru sebelah highway tu, yang banyak gile kedai makan (ada Satay Kajang yang tak sedap dah, ada Mamak Corner, ada Oldtown, ada Mat Corner pemende ntah lagi cam ala-ala Oldtown gitu, ada memacam lagi aa kedai beraneka selera kat situ, sume stok yang besar-besar gajahnyer kedai) memang sangat aa penuh ngan keter. Parking bukan takat tak cukup, tapi siap stesen Petronas pun penuh merata bersepah ngan keter-keter yang parking. Kekadang tu orang yang nak pegi makan McD kat Petronas tu pun cam tade parking.

Malam tadi Haizal yang gemuk lagi gergasi ajak aaa lepak-lepak minum, sekali dengan Syidee yang berlapis-lapis dagu dia (HAHAHAHAHAHAH! Aku memang seronok gile mengata orang gemuk nih, tapi rakan-rakan je laa, kalau stranger tu, tade la aku mengata kan. HAHAHHAHAH!). Jadi memang masalah utamanya adalah mencarik parking yang sangat kool. Kalau tak, memang akan end up 34 round aa carik parking tak jumpe-jumpe. Aku yang dah biasa lepak kat situ, konfem aaaa aku akan parking bebetul depan kedai makan. Kira double parking aaa. So kalau keter hon, aku leh kuar n replace parking orang yang kuar tu. Walaupun keter aku cam cikai-cikai je, tapi pedulik ape la kan, aku parking je aaa depan tu cam konon-konon keter aku nih sehabis Ferrari aaa (seriyes keter aku cat Diamond Red Ferrari. HAHAHAHAH walaupun keter aku dah terkopak belah kiri kene langgar anjing. Lahanatt!!)

Yang si Syidee nih plak, dia siap berebut-rebut parking lagi.

Syidee : "Sial aa, aku nak parking kat depan tu beb, kat lorong kecik tu" (keter Myvi dia bebetul parking comel-comel kat lorong kecik yang first skali)

Mukeh : "Aku nampak keter ko. Berlagak abisss!!"

Syidee : "Susah gile nak carik parking sini. Ko parking mane?"

Mukeh : "Tuu depan tu. Kool siall!"

Syidee : "HAHAHAHHAHAHAHAHA! Makan depan nih, buleh aaaa!! Cube makan kedai lain, konfem takleh parking depan camni" (keter aku parking sehabis macho depan Restoran Satay Kajang yang dah tak gebu dan lembut cam dulu-dulu tu)

Mukeh : "Kalau makan kedai mane-mane pun, memang aku parking sehabis depan gakk"

Syidee : "Aku memasuk je jalan nih, aku tengok lorong kecik tu leh parking. Aku pun nak masuk aaa. Pastu siap ada 2 keter berebut nak masuk gak beb. Satu dari arah sini, satu lagi dari arah sane" (semangat gile dedua tangan dia mendepa tunjuk kiri dan kanan)

Mukeh : "Abis tu ko dari arah mane lak?"

Syidee : "Aku dari arah Petronas"

Mukeh : "Ahaa pastu?"

Syidee : "Aku cam ohh shittt, nih takleh jadi nihhh. Aku siap cakap nih parking aku sialll" (Syidee semangat gile buat muka bongkak, sambil dedua tangan dia tunjuk dada cam "This parking is mine huhh!! Dun u dare!" HAHAHAHAHHAH!)

Mukeh : "HAHAHAHHAHAHAHHA fak gileeee!!"

Syidee : "Berkesan bebbb. Cuak tu keter-keter tu nak masuk. HAHHAHAHAHHA!"

Mukeh : "HAHAHHAHAHAHHA!"

Haizal : "HAHAHHAHAHAHAH!" (cam biasa, dia takde dialog, gelak je lebih)

Syidee : "Dah la aku Myvi je, yang nak masuk skali ngan aku tu dah la Merc ngan Pajero. Macho gile aa aku rasa Myvi aku nih"

Mukeh : "HAHAHAHHAHAHAH! Ntah-ntah Pajero tu cam "Ko pehal? Aku tanak masuk pun, yang ko gelabah nih pehal?"

Syidee : "HAHAHAHHAHAHHAHA babihhhh!! Memang malu bebbb!"

Mukeh : "AHHAHAHAHHAHAH lain kali bebb, ko parking je depan kedai cam aku buat nih haaa!" (muka bongkak lagi angkuh)

Syidee : "Cehhh!!"

Mukeh : "Takpun, ko parking cucuk keter aku, senang citer"

Syidee : "HAHAHAHHAHAH tu lagi bongok siall. Menghalang jalan terusss"

Haizal : "HAHAHAHHAHAHAHAHAH! Siap keter yang tunggu ko tu cam pelik "ko nih pehal nih? Nak buat ape nih?" Pastu cam ko lek lek je kuar "Apehalll, aku memang nak parking melintang cucuk keter member aku nih, ko ada masalah ker?" HAHAHAHAH!" (sambil buat gaya kerek mendabik dada pastu tunjuk gaya-gaya 'piiraahh')

Syidee : "Pastu Haizal datang, cucuk plak keter aku. HAHAHAHAH!"

Mukeh : "Ok tu tak kelakar, gile exaggerate lelebih. Tak kelakar beb"

Haizal : "Hek enennn, haram tak kelakar, pastu keter nak lalu camne? Tak kelakar aa Syidee"

Syidee : "Fak aa korang" (tunduk malu lalu minum air fresh oren yang sedap)

Mukeh : "HAHAHHAHAHAHAHAHAHH!"

Haizal : "HIHIHIHIHIHIH" (seriyes beb memang dia gelak camni. HAHAHAHHAH!)

Sekian citer pasal parking.


Monday, September 08, 2008

Melodi Indah



Ok cam biasa, di kala tade citer, di kala hari Isnin yang sangat blues nih, di kala bulan puasa yang sangat menenangkan nih, adalah elok gak kot rasanya melayan lagu nih, mendalami liriknya yang separa melayang, dan mengingati mereka yang tersayang, terkasihi, tercinta dan teman-teman yang dirindui. Ececece! (eh seriyes aaa!) Sesungguhnya Aizat nih memang sangat talented gak orangnya. MUAHAHHAHAHAHH!

Tetibe teringat plak kesah rakan kepada teman yang sukekan Aizat yang kurus, dan lagunya yang sangat sedap. Mase dia gemuk dulu, memang silap besar aa nak suke kan? HAHAHAHHAHA!

Ok meh layan!

Aizat - Lagu Kita

Deras hatiku berdetak, di langit aku terlihat kamu
Terang malam, teman kita dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar, lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita, digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta, terciptalah lagu kita

. download Aizat - Lagu Kita