Friday, January 25, 2008

Tak Mungkin Bisa Mati

Di suatu sudut, ada sesuatu yang sukar dimengertikan.

Ianya begitu berkilauan, begitu indah, mampu menceriakan kemuraman siang dan malam hari, juga mampu menyegarkan keranapan hati yang luluh.

Namun, ianya juga turut mengundang gelisah hati, resah jiwa, kusut fikiran, juga aturan langkah yang sumbang, kerna maksudnya yang tidak begitu pasti.

Sesungguhnya, aku tidak bisa mati, tidak mungkin melemahkan niat, tidak sekali menghentikan langkah, untuk menemukan bahagia yang sempurna.


Saturday, January 19, 2008

Dream and Reality

You were in my dream, but came back a reality.


Thursday, January 17, 2008

12 tengah malam



Gerek
Dia nih la sebenarnyer paling bertanggungjawab besar organize birthday party aku yang sangat menggila, berlakon tahap neraka (walaupun memang aku tau dia sangat cintakan lakonan. HAHAHAH!). Aku tatau nak cakap camne, cume yang paling aku ngerti (cewahhhh) adalah "Aku semakin paham kenapa ko antara kawan aku yang paling best di dunia" HAHAHAHAHHA! Thanks for the surprise, thanks for everything my dear. Sampai skarang, di saat aku menaip-naip dengan jari terkeletar nih (aku tak sure samada sejuk sgt kat ofis nih atau memang aku sebenarnyer dalam keadaan sangat happy. HHAHAHHA), aku still rasa happy sampai tak terkata-kata. Luv u sooooo much!



Fila
Appreciate ur effort, tak kira la effort menjadikannya sukses, takpun effort berlakon yang sangat natural. HAHAHAHAHA! Saya merasakan saya mahu anda anda dan anda. *blush blush* You sangat kool handle keadaan. The place u chose, the cake u bought, the crowd yg u invite (tak kesah la kalau tu keje-keje Gerek, u still involve gak), and the way u act depan i, (tak dilupekan kasut yg u pakai, i love it so much) I sangat impress. You are so wonderful my dear! So wonderful!

Nena
Ceh! Sempat tu nak chat lagi kul 11 - 1139 malam, walaupun sangat kritikal gile dah time tu. Aku memati ingatkan cam Nena nih cam lek lek chill kat umah. Rerupenyer ada tersengih sipu-sipu kat Strawberry Field malam tadi. (Ohh lupe nak bagitau, malam tadi segala menda nih berlaku kat Strawberry Field. Hehehehhe!). Thanks for coming, and thanks for capturing the moment. Hhihihiih! Sesungguhnya, saya hargai kamu di situ. :)

Affen
Colleague di tempat kerja yg first (tahun 2002), n yg best tu, currently pun dia still colleague aku kat Kelana Jaya. HAHAHAHAAHHA! First yang ada dalam pale otak aku "Damn! Takkan aku nak celebrate birthday pun kene kantoi gak kot. Aihhhh!!!" bile aku ternampak keter dia tersadai kat parking (mase tu aku cam struggle nak carik parking gak. HAHAHAHHAH!) Rerupenyer, Affen lah manusia paling awal sampai kat situ. Aku cam tatau nak kate camne (cam biasa) tapi i appreciate ur commitment, and ur effort dude!. Seriyes nih! Lagi aku rasa berterime kasih bile teringat ko kene balik Bangi plak lepas tu. Huhuhu jauh tuu!! Thanks matee!!! I owe u big timee!



Azhar + Farah
Ape yang perlu aku cakap selain thanks for coming? Hehehe both of u, memang nice. Sanggup meluangkan masa untuk pertama kalinya di hari pertama aku menjenguk dunia. HAHAHAHAHAH ok nih tahap poyo nak mampos la kan. Thanks again! Aku rasa kalau korang tade, tak bising gak tempat tu especially Farah. HAHAHAHAHAHHAHA! And thanks gak untuk Azhar, sebab at least, Haris ada orang yang dia leh borak-borak. HAHAHAHHA!

Haris
Bila aku dengar citer ko siap balik umah mandi dulu lepas main Futsal, aku ada satu je menda nak cakap "Thanks sebab berusaha keras untuk sampai on time ke situ" HAHAHAHHAHA! Walaupun ko cam amat busy ngan segala komitmen, ko still ada masa meluangkan sedikit masa untuk datang, untuk menjadikan menda terkejut nih sesuatu yang paling best utk aku experience genap 28 tahun aku hidup. (minus 5 tahun pertama aku hidup tanpa sedar sepenuhnya. HAHAHAHHAHA)



Aweng
Aku kene admit, aku akan miss once ko dah pegi Melbourne next month. You are such a good friend la beb! Tak kesah la orang nak kutuk ko camne sekalipun (alaa cam tak paham plak kutuk ape kan, tak perlu aku bagitau sini kot. HAHAHAHHAHA!) aku tetap sudi nak lepak n lepak n lepak ngan ko. So that aku leh mengutuk ngan lebih hebat lagi. HAHAHAHHAHAH! Thanks dude! Aku rasa ko satu-satunya manusia yang tak penah fail wish birthday aku n berada ngan aku di hari ke 17 Januari. HAHAHHAHAHA thanks! (kecuali 2007)



Milo

One word : "Cool". HAHAHAHAH! Aku tak rasa aku je yang cakap ko kool, mesti berlambak-lambak lagi orang cakap ko kool ngan rambut camtu. HAHHAHAHAHAHHA aku hampir tak kenal langsung, n aku mati-mati ingat Aweng nak introduce awek dia kat aku. HAHAHAHAHHA sorry Aweng, and sorry to u too Milo. HAHHAHAHA! Thanks for the present, seriyes gile tak hingat aku memang suke hadiah ko tu. Damn priceless!

Jereng
Aku suke ko datang bersahaja. Seriyes! Tu dah cukup buat aku happy di awang awangan. Hehehe! Sorry sebab tak dapat nak borak panjang-panjang cam selalu, sebab secara realitinya, perasaan aku cam bercampur-campur tahap syurga. Happy, rindu, suke, cinta, terkejut, gembira sangat-sangat, terharu, n memacam lagi aaa. HAHAHHAHAHAh by the way Jereng, thanks for coming.

Fuad
Thanks for coming. Heheheheh kasut ko sangat kool (cewahh terasa seperti kasut aku kool gak. HAHAHAHAH!) Wish u all the best with Gerek. heheh tetibe je.

Bugi + Friends
Thanks bro! Ur existence, walaupun sekejap, tapi cam menyempurnakan majlis ngan sangat cun. HAHAHAHAHAHAHA aku tak sweet talk sial. Nih seriyes amat nih. Secara rasminya, aku rasa bersalah sebab tak buat ape-ape pun masa birthday ko 20 Disember hari tu. Disebabkan tak sampai sebulan lagi, aku rasa ada perlu nya aku wish ko "Happy belated birthday Bugi!!!" HAHAHAHAHHA! Ko nampak kurus dan putih siall. Dem aaa! Camne nih? Tercabar aaa. Arghh!!

Lisa
Thanks for the present. Appreciate!! Much!! And thanks for ur time + wish + everything yang menggembirakan. Heheheheh!

Others
Thanks to Azie (first person yang call) , Dira, Lyn, Zareen, Amyz, Lieya, Hafiz, Nadya, Z, Topek, Nana Pitt, Shalala, Fahd, Nyssa, Munir, Fardy, Ebbiko , Diena, Farah, Azlin, Nelli, Lia, Haizal, Among, Afdal, Zareen Taj, Jojoe, Nonie, Nurell, Nafies, Musliha, Alifa, Tasha, Fid, Widy , Atis, Helmi and semua yang wish. Thanks you so much!


2008, di sini ku berdiri! HAHAHHAHAA!


Sunday, January 13, 2008

Agaknya?

Kalau aku rasa aku lapar, aku pegi je dapur tu, godek je ape-ape yang ada, pastu buat air segelas, pastu setel. Kalau tade ape-ape yang patut pun, aku buleh je keluar pegi 7E, beli megi ker ape ker, kira setel gak.

Kalau aku rasa busan yang amat kat umah, aku turun bawah, baring atas sofa yang separuh empuk (sebab kusyen nyer dah dirabakkan oleh anak-anak sedara aku yang semangat membesar), on channel 410, 411 takpun 412. Kalau movie nyer channel semua sux, aku leh layan channel 811, 812, takpun 813. Kalau sangap gak, layan channel 104. Tu pun kalau tahap neraka nya sangap, konfem aku naik balik bilik, surf internet sampai rasa ngantuk pastu tido.

Tapi kalau aku rasa rindu, aku akan call, cuba nasib untuk ajak lunch, dinner takpun minum lepak-lepak. Andai gagal, aku hanya mampu memujuk hati dengan kata-kata "Tape la, mungkin tade rezeki hari nih".

Itu lah hari-hari aku buat tanpa jemu dan busan.

Bila agaknya rindu nih akan berakhir agaknya? Hehehe!


Saturday, January 12, 2008

Perosak

Adakalanya, manusia merasakan dirinya terbaik, terhebat dan betul dalam apa jua keadaannya, walaupun pada hakikatnya, dia sangat bodoh dan sampah yang membusukkan.

Adakalanya juga, manusia merasakan diri nya sentiasa terpinggir, ditinggalkan, dianiaya dan ditikam belakang secara keji, walaupun pada hakikatnya dia turut melakukan perkara yang sama terhadap orang lain, malah jauh lebih teruk dari itu.

Adakalanya pula tu, manusia merasakan dia punya tanggungjawab yang sangat besar, sangat berat, dan sangat hebat bunyinya, walaupun pada hakikatnya, dia hanya tau untuk membebankan tanggungjawabnya pada orang lain tanpa belas kasihan.

Dan lebih membusukkan, ada manusia yang merasa bangga dengan apa yang kejayaan yang dimilikinya, walaupun secara tidak sedar, dia hanya tahu mengampu dan terus mengampu, tapi baginya, itulah dikatakan "usaha".

Tapi selalunya, manusia tidak akan menghargai dengan apa yang dia miliki, sehingga dia berada di bawah, itu pun dia tidak akan cuba untuk perbaiki diri, tapi sering menyalahkan keadaan.

Dan aku sekarang ini dikelilingi oleh sebilangan besar manusia yang tidak ikhlas dan sungguh menjelekkan sehingga aku berpura-pura ikhlas berkawan dengan mereka ini, yang aku rasakan mereka lebih gemar diberi gelaran "Perosak".

Secara sedar juga tidak sedarnya, aku juga dilabel "Perosak" andai aku dilihat oleh mereka yang di luar kelompok "Perosak" ini.


Wednesday, January 09, 2008

Kangen

Apabila diri terasa amat kusut lagi menyesakkan, sesuatu yang indah datang menerjah tanpa dijangka.

Lagu Kangen, persembahan Dewa 19, setia berkata-kata manis melangkau 5 minit lebih lamanya, mendamaikan segala kesesakan diri yang merimaskan. Persembahan hanya menerusi suatu panggilan telefon tanpa satu patah kata darinya, cukup bermakna buat diri yang sememangnya sentiasa dibelenggu rasa kangen yang tidak berpenghujung.

Memang benar, adakalanya bila diri punya rasa yang sukar dimengerti, di kala itu juga romantis datang menjergah, tanpa sebarang amaran, tidak pula diri menolaknya.

Inilah dinamakan "Rindu Itu Indah"


Monday, January 07, 2008

Unforgetabble Moment

He : "Banyak gila bintang malam nih"

She : "Nak satu buleh?"

He : "Oh? Buleh buleh"

She : "Mane?"

He : "Ok u pegi luar tingkap"

She : "Aha.."

He : "Pastu first bintang yang u pandang tu, tu la yang i kasik"

She : "Ala romantik nya"

He : "Heheh nite nite!"

She : "Nite"